Thursday, March 4, 2010

.untuk renungan si gadis.

"Aku Cinta Padamu" mungkin ungkapan yang bisa meruntun jiwa si gadis mahupun membuat si jejaka hilang kewarasan. Terpulang pada setiap individu untuk menilainya. Kali ni, aku bukan lagi nak bercerita fasal permasalahan aku ataupun rakan-rakanku yang sedang dilamun cinta saat ini. Tapi aku nak bercerita tentang masalah "Cinta Lombok". Naik pelik, namun kadang-kala mencuit hati apabila si ibu ke sana ke mari merayu dan menangis meminta anak gadisnya pulang ke pangkuan. Mana pergi anak gadisnya yang baru sahaja mencecah usia 13 tahun! Baru sahaja lepas UPSR tu!

Pernah satu ketika dulu kecoh isu ramai anak gadis hilang kerana mengikut jejaka yang berasal dari Lombok, Indonesia. Sebenarnya bukan sedikit jumlahnya cuma ada pihak tertentu yang sengaja menyembunyikan jumlah yang mencecah ratusan anak gadis dilarikan! Pada pandangan aku, sebagai seseorang yang terlibat di dalam construction line, dari mata kasar pun dah terbayang rupa jejaka-jejaka Lombok ini takde satu pun menyerupai Irwansyah, Raffi Ahmad mahupun Ari Wibowo, kalau ada aku sendiri pun tak hairan mengapa gadis-gadis ini sanggup lari mengikut mereka. Cuma yang ada pada pemuda-pemuda Lombok ini adalah tutur kata mereka yang lembut, sopan, pandai menyusun ayat (romantiklaa kan), hebat mengampu, tetapi satu-satunya perkara ada pada mereka yang paling aku bimbangkan ialah mereka mampu menyesuaikan diri dengan cepat berbanding rakan-rakan mereka seperti Jawa, Madura, serta Bangla dan mampu mempelajari dialek tempatan dengan cepat dan mampu mengungkapkan dengan fasih! Ini terbukti apabila mereka meminta aku mengajar mereka berdialek Terengganu dan mereka boleh mengaplikasikannya di kedai kopi ketika memesan minuman (tanpa cacat)!hebat bukan?

Memang benar mereka berhijrah ke sini untuk bekerja tetapi tak dapat dinafikan dorang ni juga mempunyai naluri untuk mendampingi wanita. Pilihan termudah adalah menjadikan gadis muda yang naif dan dalam masa yang sama gadis seusia itu sangat bahagia dan amat gemar dengan pujuk rayu. Pernah satu hari, ketika aku berbual dengan mereka dan bertanyakan perihal kehidupan disana, dan mereka menyatakan sudah menjadi adat mereka bahawa bakal pengantin perlu dibawa lari! Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa dalam norma kehidupan mereka dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tapi perlu diingat bahawa menjadi satu kesalahan jika ia berlaku disini.

Bagi mereka tindakan melarikan gadis yang dicintai adalah bagi menunjukan sikap kelakian dan keperkasaan mereka. Bagi aku pula, tu lelaki pengecut namanya! Jika difikirkan secara logik, gadis itu masih mempunyai orang tua dan keluarga. Kalau dah berkenan sangat, ziarahlah keluarga si gadis. Sesekali bawalah buah tangan, kalau nasib dah menyebelahi jodoh dah sampai dapatlah gadis yang dicintai. Tak perlu bersusah-payah melarikan diri ke kawasan yang belum tentu menjamin keselesaan (ada kes yang menyatakan gadis ini hidup susah, dan bekerja di sawah sedangkan di Malaysia si gadis mempunyai pendapatan)!

Kesimpulannya, gadis di luar sana kenalah teguhkan hati dan memperbanyakkan doa dan amalan supaya anda, saya, kita, kami dijauhkan dari sebarang masalah.

dedicated to:
.mereka si gadis.
.adik perempuan yang ku sayangi.
kami akan menjaga kamu.
.abang sayang kamu.

.040310.2325.
















setelah sekian lama....

setelah sekian lama tidak update blog ini.
telah tergerak hati lagi untuk mengarut disini.
aku pun tak tahu ape nak dibebelkan......
sekian...